Blog Stats
- 3,369 hits
Top Clicks
- None
Blogroll
Advertisements
dulu Firdee.Net
Gambar E-Kad raya saya dari kontes tahun lepas =P
Esok kita sebagai umat Islam akan mula menyambut hari kemenangan kita iaitu Aidilfitri. Bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk kita menghabiskan Ramadhan tahun ini, insyaAllah. Ramadhan tahun ini adalah pertama kalinya saya hanya berpuasa di rumah selama seminggu pertama. Dua minggu terakhir saya habiskan di Terengganu kerana punya urusan kerja. Baru sampai di rumah petang tadi. Terasa sedikit tidak seronok berpuasa seorang diri di tempat orang. Huhu =P
Syawal saya kali ini saya rasakan adalah sangat berbeza sekali dengan Syawal tahun-tahun sudah kerana selain beraya dengan famili tercinta saya juga jika diizin-Nya akan beraya dengan seseorang (dengan familinya juga ^^) yang sangat istimewa di hati ini. Kiranya Syawal kali ini saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga lah (ayat tak bleh blah ni, huhu =P). Bersyukur kepada Allah kerana memberikan bahagia ini untuk Ramadhan dan Syawal ini. Moga bahagia ini kan berpanjangan, insyaAllah. Thank you ALLAH.
Di kesempatan ini ingin saya memohon berbanyak-banyak maaf kiranya ada diantara kalian yang pernah tersinggug dengan tingkah saya sama ada di dunia nyata mahupun di dunia maya. Apa yang buruk itu adalah dari saya dan yang baik itu semuanya dari Allah. Moga Syawal kali ini membawa seribu kebahagian buat kita semua, insyaAllah. Mana yang balik ke kampung halaman tu hati-hati memandu. Jika mengantuk berhenti lah rehat dahulu dan jangan berlengah. Satu saat saja kita terlelap ketika memandu bakal membawa padah yang mungkin kan kita sesali seumur hidup. Ingatlah insan yang kita sayangi =).
Selamat Hari Raya Aidilfitri Firdee~Maaf Zahir & Batin ya!
selamat hari raya bro :)p/s: tak nak bagi duit raya ke? aku nk guna untuk beli mercun hehe
@hafidz, slmt hari raya
@x-po, slmt raye.Mercung x baik utk kesihatan
Assalamualaikum Fir.. thanks sudi jadi tetamu pertama kat rumah baru akak.. lama dah tak masuk rumah.. hehe.. anyway, dah makin maju rupanya blog kawan2 lama..Akak tadi sebenarnya taip msg ni kat shoutbox.. ntahlah ngape tak keluar..
salam kak…tq kerna singgah sini…shoutbox tu tgh pening la tu…huhu =p
@Islawati, salam kak…tq kerna singgah sini…shoutbox tu tgh pening la tu…huhu =p
^^
^^ ❤