firdees

dulu Firdee.Net

Cara menadah tangan ketika berdoa yang betul

Saya percaya ramai diantara kita diluar sana yang masih tidak tahu atau pun sudah tahu tapi ambil endah tak endah saja perkara ini. Terus terang, saya juga dahulu tidak mengikut cara menadah tangan ketika berdoa yang betul ini kerana saya sendiri tidak tahu (mungkin ustaz pernah ajar tapi saya yang tak dengar betul-betul :p).

Sehinggalah adik saya menegur cara saya berdoa supaya saya membetulkan kedudukan tangan. Memang benar, adab dan cara berdoa yang betul akan memberi kesan kepada doa-doa kita dan saya sudah pun mengalaminya sendiri. Seriusli. Jadi marilah kita sama-sama membetulkan adab dan cara berdoa kita seperti info ini. Moga info yang saya peroleh ini dapat memberi manfaat untuk kita semua insyaAllah.

Info mengenai cara menadah tangan saya ambil dari SINI.

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

Ini pula info mengenai adab-adab berdoa yang saya ambil dari SINI.

1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang Halal

2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ni maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.

3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.

4. Digalakkan solat sunnat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.

5. Mengadap kiblat semasa berdoa.

6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.

7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.

8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa di dengari dan dimakbulkan. Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita.
a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk di makbulkan di hari akhirat
c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.

9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.

10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini Ya Allah, berikan lah aku petunjuk jika Engkau suka” Sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.

11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku…..”

12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.

13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silatur-rahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, Insyaallah doa kita akan di makbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.

15. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (e.g nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dll)

16. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (e.g ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

17. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.

18. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan saidina Abbas (bapa saudara Rasulallah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat2 bertawasul dengan Rasulallah sahaja.

19. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.

Ps: Semua gambar bukan saya punya ye. Semua adalah hak milik pemilik asalnya. Tengkiu =)

4 responses to “Cara menadah tangan ketika berdoa yang betul

  1. x-po May 28, 2010 at 5:18 pm

    gud info ni bro..bagus utk org2 mukmim dlm membaiki kelemahan yg ada

  2. firdee May 28, 2010 at 5:39 pm

    @x-po, memang betol…ilmu harus disampai2 kan…lagi2 jika mmg boleh memberi manfaat…

  3. fad May 30, 2010 at 1:45 pm

    nice info…tak semua orang tahu ni…

  4. firdee May 31, 2010 at 1:25 pm

    @Hafidz, sama2…ilmu untuk dikongsi…kena sentiasa berpesan-pesan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: