firdees

dulu Firdee.Net

(murai.com.my) Kutipan Syurga Cinta Cecah RM2.5 juta

ija_awal
Kredit Gambar: Murai.Com.My

Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2009:  Filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari dan Heliza AF berjaya memungut RM2.5 juta dan menjadi filem komedi romantik paling banyak kutipannya selepas Cinta (Khabir Bhatia, RM2 juta) untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Perkara ini dinyatakan produser David Teo yang menganggap ia satu kejayaan kepada Metrowealth Movies dan semua krew serta pelakon Syurga Cinta arahan Ahmad Idham itu.

“Saya gembira dengan sokongan penonton yang rata-rata berpuas hati dengan filem ini. Ia satu kejayaan kepada kami dan memberi semangat untuk menerbitkan filem yang lebih bermutu. Ia juga memberi petanda yang baik bahawa filem yang tiada sentuhan fizikal antara hero dan heroin pun masih boleh diterima ramai.

“Mesej dakwah yang disampaikan dalam bentuk santai dengan ringan itu nyata memberikan kesan,” kata David yang juga pencetus asal konsep cerita cinta itu.

Selepas versi filem, Metrowealth sedang menghasilkan Syurga Cinta untuk versi drama TV pula tetapi menukarkan beberapa watak utamanya.

Ketika ini Metrowealth mempertaruhkan pula filem terbarunya, Jangan Pandang Belakang Congkak juga arahan Ahmad Idham dan sambutan lebih hangat diberikan kepada filem komedi seram itu. Ia dibintangi oleh Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan ramai lagi pelakon terkenal.

David berharap agar sambutan Jangan Pandang Belakang Congkak akan lebih berjaya lagi berbanding Jangan Pandang Belakang walaupun ia berdepan dengan banyak filem lain di pawagam ketika ini seperti Drag Me To Hell, Terminator Salvation, Blood: The Last Vampire dan Monsters Vs Aliens.

Sumber: Murai.Com.My

Ps: Sehingga hari ini saya masih belum sempat menonton cerita ini. Rasanya tunggu DVD atau VCD je kot baru dapat tgk. Rata-rata rakan yang telah menonton memberi respon yang sangat baik untuk lakonan kali pertama Heliza. Bagi saya sendiri, masih belum dapat untuk ulas apa-apa kerna masih tidak menontonya ^^.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: