firdees

dulu Firdee.Net

Lelong Dara? Apa Nak Jadi Dunia Sekarang Ni.

Ambil dari blog Aby Rad’s:



Dara Alina bernilai RM47,463

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

MANNHEIM, Jerman – Seorang remaja, Alina Percea (gambar) bakal menerima wang berjumlah 10,000 euro (RM47,463) daripada seorang pemenang misteri yang membida daranya di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Alina melelong daranya di sebuah laman web selama sebulan dan merancang untuk menggunakan wang yang diperoleh untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selain membantu keluarga di Romania.

“Lelongan itu amat menarik. Saya menyangka akan menerima tawaran yang lebih tinggi tetapi saya tetap gembira.

“Saya belum berpeluang bercakap dengan pemenang itu. Dia ialah pembida pada saat-saat akhir,” katanya.

Remaja berumur 18 tahun itu berhijrah ke Jerman pada Januari lalu tetapi dia memutuskan untuk melelong dara selepas gagal memperoleh sebarang pekerjaan.

Menurutnya, dia mendapat ilham berbuat demikian selepas membaca mengenai seorang wanita dari San Diego, Amerika Syarikat, Natalie Dylan, 22, yang menjual daranya untuk mendapatkan wang sebanyak £2.5 juta (RM13 juta).

“Tiada siapa yang memaksa saya melelong dara. Saya berbuat demikian setelah membuat keputusan sendiri,” kata Alina.

Menurutnya, dia merancang untuk menemui pemenang lelongan itu dan bermalam di sebuah hotel dengannya dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi

Dunia akhir zaman memperlihatkan pelbagai jenis ragam manusia yang sebelum ini kita rasakan “mustahil” akan dilakukan oleh seorang manusia yang waras. Berita di atas saja sudah menunjukkan dia tidak kesah untuk melelong daranya. Bagi saya, dia menggunakan cara “lelong” supaya dia tidak nampak sangat macam seorang pelacur murahan tetapi sebenarnya ia sama saja cuma dia mungkin lebih mendapat publisiti oleh akhbar dan stesen tv berbanding pelacur jalanan.

Ps: Minta dijauhkanlah dari semua ini.

6 responses to “Lelong Dara? Apa Nak Jadi Dunia Sekarang Ni.

  1. alone June 5, 2009 at 12:46 pm

    adui la. macam2 la sekarang ni. yang x elok pula tu. ugh. teruknya (X_X)

  2. Firdee June 5, 2009 at 12:49 pm

    @alone, tengok le muka dia selambe aje…pastu duit tu nak tolong keluarga pulak tu…takkan lah mak bapak dia asuh untuk dia jadi pelelong dara kot…isk isk isk…

  3. firdee June 5, 2009 at 6:29 pm

    @aidilx, tu la…jadi sampah je la dia lepas tu…

  4. firdee June 6, 2009 at 7:22 am

    @katahill, huhuhu…no komen ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: