firdees

dulu Firdee.Net

Dunia Semakin Canggih, Manusia Semakin???

adik_psp_wifi

Zaman sekarang budak sekecil sekolah TaDiKa lagi sudah kenal apa itu internet dan apa itu internet wireless (wifi). Mana tidaknya, di dalam permainan PSP mereka saja sudah dilengkapi dengan teknologi internet tanpa wayar ini. Bukan setakat itu, nak dengar lagu, tonton movie dan simpan gambar pun ada di dalamnya. Pergh… Dahsyat budak zaman la ni ye. Saya kenal internet ni masa lepas SPM pada tahun 1999. Masa tu siap hampir nak kena “makan” lagi dengan abang yang jaga CC (Cyber Cafe) tu. Hampas tebu betul abang tu. Mentang-mentang lah time tu gue buta IT buta kayu senang-senang aje dia nak buat duit free. Huhuhu ^^.

Sekarang ini manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan pelbagai produk yang bakal memudahkan kehidupan seharian manusia. Kenapa? Sebabnya ialah produk yang sebegini yang paling mudah laris seperti pisang goreng panas. Contoh terbaik ialah ubat kurus. Terdapat pelbagai jenis ubat kurus yang ada di pasaran. Daripada yang tulin sehingga lah yang palsu/ cetak rompak. Tapi manusia berebut-rebut nak beli (termasuklah yang menulis ni😛) sebabnya malas nak bersenam. Kononnya boleh kurus dengan makan ubat kurus tanpa perlu bersenam dan meninggalkan makanan kegemaran. Hasilnya masih tidak kelihatan tetapi masih tidak serik-serik bahkan dicuba pula ubat kurus jenama lain. Yang untung siapa? Tokei ubat kurus lah. Hahaha ^^. Kita yang membeli kaya juga. Kaya dengan lemak dan pelbagai jenis ubat kurus yang dibiarkan bersawang di sudut rumah.

Pengeluar gajet juga tidak ketinggalan. Telefon bimbit sekarang pun sudah dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang dahulunya kita tidak pernah terfikir langsung akannya. Jika dulu kita terpaksa membawa dua, tiga atau lebih telefon bimbit kerana mempunyai pelbagai nombor tetapi sekarang dengan satu telefon bimbit sahaja sudah boleh digunakan untuk dua talian telefon yang berbeza. Kalau dulu kita perlu melihat peta yang berjela-jela untuk mengetahui lokasi suatu tempat tetapi sekarang sudah ada telefon yang dilengkapi GPS seperti telefon baru Khai (bila lah nak dapat henset mcm khai ni ^^). Dengan beberapa klik sudah dapat tahu arah yang betul untuk ke suatu destinasi. Tak payah risau tersesat sehingga ke kampung orang asli. Huhuhu ^^.

Jadi, bila dunia semakin canggih manusia pula semakin???

Ps: Mari kita fikirkan ^^.

5 responses to “Dunia Semakin Canggih, Manusia Semakin???

  1. firdee June 5, 2009 at 6:23 am

    @Mohd Ismail, huhuhu…setiap perbuatan pasti ada kesannya…setiap yang baik pasti akan ada buruknya… =)

  2. firdee June 5, 2009 at 7:13 am

    @Rjuna, ye ke?…saya tak nonton lagi cite tu…huhuhu ^^

  3. firdee June 5, 2009 at 6:58 pm

    @Qaiyum, bila semua kerja nak senang pasti akhirnya akan menyusahkan diri sendiri semula…

  4. adib. June 6, 2009 at 10:18 pm

    bunyi mcm teka teki..aku cuba jawab…bila dunia semakin canggih…manusia semakin manggis…camna..sempena musim buah…

  5. zikr the jalanan sepi perantau June 7, 2009 at 6:36 pm

    yang + dan -ve ada… susah nak jawab tuh…fikir2 kanlah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: