firdees

dulu Firdee.Net

Sedihnya…Mereka Masih Sakit

kesayangan

Sudah hampir dua minggu mereka bertiga menghidap cirit-birit. Bukan tidak dibawa bertemu yang pakar tetapi keadaan masih sama. Ubat cacing sudah, ubat sakit perut pun sudah tetapi masih dengan masalah yang sama. Hati saya begitu sedih melihat keadaan mereka bertiga yang semakin hari semakin kurus. Bila melihat gambar mereka di hari pertama saya ambil (gambar atas) terasa diri ini sangat bersalah kerana terasa seperti tidak dapat menjaga mereka dengan baik.

Saya semakin buntu kerana sepertinya mereka tidak sakit jika dilihat cara pemakanan yang sangat berselera. Tapi, semakin mereka berselera semakin banyak juga lah mereka akan buang. Semuanya cair belaka. Esok akan saya bawa ke klinik semula untuk meminta pandangan dan nasihat bagi masalah ini. Apa yang saya harapkan adalah supaya mereka bertiga kembali sihat dan gemuk seperti dulu dan boleh lah saya dakap setiap hari kerana sejak mereka sakit saya akan cuba menjauhkan kaki saya (mereka suka menggesel-geselkan badan) kerana tidak mahu terpalit bekas bahan buangan mereka di pakaian. Mungkin mereka juga berasa sedih kerana dipinggirkan tidak dibelai seperti sebelumnya.

Ps: Abang sayang kamu bertiga. Cepatlah sihat supaya kita boleh bermain-main semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: