firdees

dulu Firdee.Net

13 Mei

makbday

” Ya Allah, Di hari yang berbahagia ini ku pohon dari-Mu supaya Kau panjangkan lah umur emak ku. Kau berkatilah hidupnya. Kau pelihara lah imannya. Kau makbulkan lah segala doanya. Kau berilah kebahagiaan kepada dirinya kerana dia sudah puas hidup dalam kekurangan di masa kecilnya. Kau berilah juga kebahagiaan kepada suaminya kerana kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaannya juga. Kau murahkan lah rezekinya. Kau limpahkan lah kurnia-Mu kepadanya da Kau tabahkan lah hatinya untuk menerima segala ujian-Mu. Amin…”

Selamat Hari Lahir yang ke 45 untuk emak ku Nurhayati Bt Nafiah. Semoga emak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga segala yang emak hajati dimakbulkan Allah. Emak doakan lah juga rezeki anak emak yang seorang ni lebih murah lepas ni =) . Tak ada apa-apa yang dapat abang beri dekat emak untuk tahun ini. Hanyalah sekalung doa yang dapat abang panjatkan kepada Allah. Jika diizinkan-Nya memang abang nak kotakan apa saja kemahuan emak tapi apa kan daya buat masa ni masih belum diizinkan lagi. Abang juga tak dapat nak tunaikan hajat emak yang satu ini buat masa terdekat ni. Lambat lagi rasanya nak kesampaian. Huhuhu =)

Ps: Hadiah emak akan siap insyaAllah Jumaat ini. Sabar ye Mak =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: