firdees

dulu Firdee.Net

Tomok Jutawan Di Hari Pekerja

tomokcopyyd9edited
kredit fhoto: ohbulan.com

Tomok Jutawan Muda Baru

Start tengah malam tadi, Tomok Shah Indrawan atau nama sebenarnya Shah Indrawan telah menjadi sebutan hangat blog-blog di Malaysia dan mungkin juga negara-negara jiran Malaysia. Mana tidaknya si Tomok telah menjadi juara lelaki pertama rancangan realiti hangat One In A Million (OIAM) musim ke tiga. Paling laju saya perasan ialah di blog Zelo55 kerana malam tadi peminat dah siap boleh download lagu baru Tomok di pentas akhir OIAM. Bukan lah tujuan entri ini ditulis kerana saya adalah peminat si Tomok tapi saya juga tidak dapat menafikan yang Tomok bukanlah Tomok yang seMalaysia kenal dulu. Kali ini Tomok adalah seorang penyanyi solo yang tampil dengan pelbagai persembahan yang kreatif di dalam pertandian OIAM.

Kebetulan pula kakak Tomok iaitu Isma atau nama sebenarnya Ismaliza binti Ismail juga sedang berhempas pulas bertanding di Akademi Fantasia 7 (AF7). AFUNDI untuk kakaknya juga tidak mengecewakan kerana setiap minggu sebelum konsert mingguan AF7 pasti undian kakaknya paling tinggi. Tidak mustahil juga tahun ini kedua beradik ini bakal menjadi bualan hangat di dada akhbar hiburan Malaysia. Tahniah untuk keduanya =) .

Ayah Yang Sangat Sibuk Di Cuti Hari Pekerja

Kasihan sebenarnya saya lihat ayah sekarang. Mana tidaknya, di usia 5o an jadual kerjanya semakin sibuk macam mengalahkan seorang Yang Berhormat (YB). Semakin besar pangkat yang di amanahkan kepadanya semakin padat juga aktiviti hariannya. Minggu ini sahaja ayah masih belum boleh duduk rileks di sofa empuk kami sambil menonton tv dan membaca akhbar. Jam 3.30 petang tadi dia baru saja pulang dari merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2009 kawasan jagaannya di Raub.

Saat entri ini ditaip, ayah tidak ada di rumah sebab dia ke klinik Sulaiman untuk memeriksa tahap kesihatannya kerana sejak dua tiga hari lepas setiap kali dia membuang air kecil pasti air kencingnya akan beserta dengan darah. Kami saspek mungkin penyakit batu karangnya tahun lepas kembali semula. Puncanya yang saya dapat simpulkan di sini ialah ayah bila terlampau sibuk dia akan kurang minum air masak dan jadual pemakanannya tidak teratur. Mungkin sebab itu juga batu karangnya mula terbentuk semula. Tapi semua telahan saya ini tidak pasti lagi sebelum mengetahui keputusannya dari pemeriksaan doktor nanti. Saya harap ayah akan baik-baik saja.

Ps: Ayah ada cakap yang dia nak bersara awal kerana sudah tidak larat hendak outstation jauh-jauh setiap minggu. Entah jadi ke tidak kerana dengarnya dia bakal di naikkan pangkat lagi. Hmm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: