firdees

dulu Firdee.Net

3 Beradik Selepas 25 Hari.

daniheader

Setiap orang pasti akan gembira bila apa yang diusahakan menampakkan perubahan yang positif. Apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah perbezaan anak kucing yang saya kutip 25 hari yang lepas pada hari ini. Saya sangat seronok kerana saya dapat lihat perubahan yang sangat ketara berlaku kepada mereka bertiga ini kerana setiap hari saya melayan karenah mereka.

Hari pertama sampai ke rumah saya mereka bertiga sungguh penakut bila nampak saja orang akan mendekati mereka. Hari ini selepas 25 hari berlalu mereka sudah biasa dan sentiasa mahu mendekati kami sekeluarga. Paling best bila saya balik dari kerja pasti ketiga-tiga mereka akan mengiauww dan berkejar ke arah saya menggesel-geselkan badan di kaki saya untuk memberi isyarat yang mereka sangat lapar dan mahukan makanan. Agaknya begitulah seronoknya seorang ayah bila dia balik saja dari kerja anak-anaknya menjerit “yey yey, ayah balik!” sambil berlari memeluknya =) .

Jom perhatikan kedua-dua gambar ini. Anda nampak perubahan pada fizikal mereka? Perubahan mereka membuatkan saya rasa berbaloi setiap wang ringgit yang saya laburkan untuk mereka =) .

3bradik050409
Diskripsi: Dani (oren) nampak seperti ketakutan. Dina (putih) dan Dini (hitam/ kelabu) sentiada akan berada di belakang abangnya si Dani.

3bradik250409
Diskripsi: Mereka bertiga sudah tidak berhimpit-himpit bila didekati. Bulu semakin cantik dan bersinar. Masing-masing dipakaikan rantai berloceng supaya senang nak dijejak =) .

Ps: Entri yang sama juga terdapat di Laman Kucing.

9 responses to “3 Beradik Selepas 25 Hari.

  1. TMUkmkd April 25, 2009 at 1:41 pm

    menarik :)kucing.. dulu ada juga bela kucing.. tapi akhirnya daripada kurus keding menjadi berisi, dari bulu tak terjaga kepada berkilat… hilang…….mungkin dikebas orang.. mungkin

  2. Firdee April 25, 2009 at 2:04 pm

    @TMUkmkd, saya pun banyak juga kucing yg dicuri dan mati makan racun dan diberi makan racun…kalau nak kira-kira dekat 30 ekor dah tapi sekarang yang tinggal hanyalah 5 ekor…ni pon seekor dah hilang entah ke mana…dua hari dah tak balik… =(

  3. firdee April 25, 2009 at 5:22 pm

    @loq, huhuhu…memang kiut =)

  4. aci uk April 25, 2009 at 10:47 pm

    hobi yang menarik…salam buat semua

  5. firdee April 27, 2009 at 5:09 pm

    @aci uk, salam juga…hobi yg dapat melegakan stress… =)

  6. firdee April 27, 2009 at 5:11 pm

    @zelo55, memang kejam kalo ada org yg sanggup sembelih anak kucing…

  7. firdee April 27, 2009 at 5:11 pm

    @haritz, aminn… =)

  8. loq April 27, 2009 at 6:44 pm

    @firdee, nak satu boleh? la la la~~~

  9. firdee April 27, 2009 at 10:05 pm

    @loq, dah banyak nanti baru boleh…huhuhu =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: