firdees

dulu Firdee.Net

Bersyukurlah Dengan Nikmat Yang Kita Ada Sekarang

kutipmakan

Gambar daripada Google.

Sedang melompat-lombat ke blog yang tersenarai di Google Reader, saya tertarik dengan satu entri yang dipaparkan di blog isuhangat. Saya terus membaca entri ini kerana banyak filem pendek sekarang ini yang memang menarik untuk ditonton. Setelah menonton filem pendek ini, hati saya begitu tersentuh dan sedih kerana masih ada segelintir manusia di dunia ini setiap hari mengutip sisa-sisa makanan orang lain untuk dibawa pulang bagi santapan keluarga tercinta. dapat dilihat betapa seronoknya mereka dapat memakan sisa makanan tersebut yang mana bagi kita yang “cukup makan” ini ia adalah sifat “pengotor” jika mengutip dan memakan sisa makanan yang sudah dibuang di dalam tong sampah. Bagi kita makanan yang telah dibuang ke dalam tong sampah hanya layak untuk makanan kucing sahaja.

Saya percaya ramai diantara kita berperangai seperti watak di dalam filem pendek ini. Ketika di kaunter order macam orang tak makan seminggu tetapi bila makan ciput aje dan terus blah. Ada juga yang berungut “asyik makan ini aje!” bila melihat hidangan yang terhidang di bawah tudung saji. oleh itu marilah kita latih diri kita untuk makan dengan sederhana supaya tiada pembaziran yang akan berlaku. Marilah kita ringan kan tangan untuk menghulurkan sedekah jika terserempak dengan orang susah. Walaupun ada kala segelintir manusia yang meminta sedekah ini hanya “pembohong” yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan orang lain tetapi tetapkanlah niat kita untuk sedekah itu. Sama ada mereka itu pembohong atau tidak biarlah mereka menjawab semua itu di hadapan Allah kelak.

Marilah kita tonton filem pendek yang telah menjadi pemenang (the most popular) filem pendek di Berlin. Jadikanlah ia sebagai tauladan untuk memperbaiki diri kita. Bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada sekarang.

http://www.youtube.com/v/993rZrfLBjg&hl=en&fs=1

Ps: Terima kasih Allah untuk rezeki yang telah Engkau berikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: