firdees

dulu Firdee.Net

Apa Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kucing/ Haiwan

1_556616977l

Sudah hampir dua tahun saya menjadi pemelihara kucing dan selama dua tahun juga pelbagai kenangan manis dan sedih yang saya lalui bersama kucing-kucing kesayangan. Semakin lama saya semakin memahami tabiat serta perangai kucing dan saya juga nampak ada sesuatu yang kucing-kucing ini nak saya ambil tahu untuk belajar daripada mereka kerana “mungkin” mereka tahu yang manusia di zaman sekarang semakin berperangai lebih teruk dari mereka (haiwan). Berikut saya senaraikan apa yang saya belajar dari kucing-kucing ini:

1) Belajar untuk lebih bersifat penyanyang

Kucing sangat-sangat penyayang dengan semua ahli keluarga mereka. Saya tidak boleh lupa gelagat antara ibu dan anak kucing yang saya lihat ketika menunggu makanan di restoran mamak.

Si anak sangat lincah dan ligat bermain-main di kaki saya dan si ibu hanya memerhati di bawah meja sebelah sambil menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan berulang kali. Tiba-tiba si anak yang telah lama memerhati ekor si ibu terus lari menerkam ekor tersebut dan mengigit-gigit dengan geramnya. Mungkin si ibu berasa sakit campur terkejut maka terus si ibu menerkam si anak dan menggigit lehernya. Si anak terus terdiam membatu beberapa saat. Si ibu yang mendapati si anak sudah diam terus melonggarkan gigitan dan terus menjilat-jilat leher si anak dengan penuh kasih sayang. Terus hati saya rasa terharu melihat perlakuan si ibu itu kerana saya tahu dia gigit untuk memberitahu supaya si anak jangan nakal-nakal sangat. Apa yang membuatkan saya lebih terharu selepas itu  adalah bila si anak membalas jilatan si ibu dengan menjilat-jilat pula mulut dan muka si ibu. Mungkin si anak sedang meminta maaf di atas sikapnya yang nakal dan menyakitkan ibunya.

Kita sering tidak perasan yang tindak tanduk dan perangai kita setiap hari mungkin ada yang menyakiti hati dan perasaan orang yang kita sayang terutama ibu dan bapa kita. Lebih menyedihkan lagi, ada diantara anak-anak zaman sekarang yang sengaja menyakiti hati dan perasaan ibu bapa mereka dengan tanpa rasa bersalah. Walaupun ibu bapa menangis dan mengemis simpati anak supaya berubah tetapi si anak tetap juga dengan bongkaknya berkeras untuk mengikut rasa hati mudanya. Tidakkah si anak sedar apa yang ada padanya hari ini tidak mungkin ada tanpa pengorbanan ibu bapanya.

2) Belajar untuk menjadi lebih penyabar

Jika masa mula-mula memelihara kucing dulu saya sangat tidak sabar bila kucing saya “melepaskan hajat” mereka di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi di dalam rumah. Memang terasa nak campak aje kucing tu keluar sebab tidak faham bahasa (kucing mane faham ape ko cakap le… =p). Tapi, semakin lama saya menjadi semakin penyabar untuk berhadapan dengan karenah kucing-kucing ini kerana bila kita pelihara kucing/ haiwan kita mestilah sabar bila mereka buat hal sebab memang sudah tertulis haiwan hanya diberi otak tetapi tidak diberi akal oleh Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, sabo aje laa… =)

3) Belajar menjadi lebih berdisiplin

Rutin harian bila kita memelihara kucing/ haiwan:

  • Bangun pagi buka sangkar dan beri kucing makan.
  • Sementara kucing berselera menjamah makanan, kita pula membantutkan sedikit selera sarapan pagi dengan membuang najis-najis kucing ini.
  • Kalau tengah hari ada di rumah, beri lagi kucing ini makan tengah hari mereka.
  • Sebelum kita makan malam, beri kucing makan dulu biar bila kita kurung kucing ni nanti takde lah diorang bising mengiaww aje.

Dengan semua rutin di atas membuatkan kita juga mendisiplinkan diri untuk mengatur jadual aktiviti harian kita. Kerja kita beres kucing pun semakin sihat dan comel =) .

4) Belajar menjadi lebih pemurah

Bila dah pelihara kucing ni dengan automatiknya saya akan berasa kasihan bila terjumpa anak kucing yang dibuang orang tanpa ibunya. Jadi, saya akan ambil dan beri makan dan minum secukupnya. Bila melihat kucing yang dipungut itu semakin membesar dengan sihat dan comel, saya merasa seronok dan terasa seperti sudah menolong seorang anak yatim piatu pula. Huhuhu =) . Saya akan lebih ringan tangan untuk menderma apa yang termampu kepada orang yang minta sedekah/ susah kerana dengan kucing pun saya tidak berkira untuk berhabis wang ringgit ini kan pula dengan sesama manusia.

Ini saja lah untuk kali ini. Ada sesiapa yang nak tambah lagi boleh lah tambah di ruangan komen ye =) . Ngantoknyeee…

[Entri ini adalah sama dengan entri baru di blog Laman Kucing]

2 responses to “Apa Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kucing/ Haiwan

  1. Datin Saerah April 13, 2009 at 5:29 pm

    Marilah ke rumah melihat anak-anak angkat saya….

  2. firdee April 13, 2009 at 6:19 pm

    @aidilx, saya pun kalau nak ikutkan dah berpuluh juga kucing dirumah ni tapi mcm yang ko ckp juga mereka pon tak terlepas dari penyakit dan ada juga yang hilang dan diracun orang (geram bab ni!!!)…saya sendiri tak tahan sebak di dada bila kucing kesayangan mati makan racun (saspek diracun)…dari kecik sy bela sampai besar dan cantik tapi mati mcm tu…masa tanam tu memang saya menangis…tu baru haiwan peliharaan yang mati…memang tak rugi bela haiwan utk dibelihara lagi-lagi kucing…memang dah terbukti dapat mengurangkan stress…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: