firdees

dulu Firdee.Net

Kemaskini Ringkas

fastupdates

Tiada Idea/ Cerita

Masa mula-mula saya menceburi dunia blog ini boleh kata setiap hari ada sahaja yang hendak saya taipkan di sini tetapi setelah satu insiden terputus line internet selama beberapa bulan dahulu, idea saya untuk mengemaskini blog ini semakin berkurang dan ada kala sedang menaip saya akan padam semula semua yang telah ditaip itu. Setelah difikir-fikir, mungkin semua ini berlaku disebabkan tekanan untuk menerbitkan satu entri berkualiti yang seronok dan bermanfaat untuk dibaca oleh semua orang tetapi bukan hanya syok sendiri.

Berhenti Kerja

Sejak minggu lepas, setiap hari (sejak Isnin) sehinggalah semalam hampir semua pekerja senior di head office saya telah meletak jawatan masing-masing. Paling ramai sehari dua orang meletak jawatan sekali gus. Pelik juga kerana di tahun kemelesetan ekonomi ini mereka macam sudah berpakat untuk meletak jawatan beramai-ramai. Lagi kelam kabut lah kami si remote staff ni. Aduh…

Kerja Sambil Belajar

Sejak dua minggu lepas saya kini bergelar seorang pelajar kolej semula walaupun belajar part time sahaja. Saya kini menyambung pengajian di Cosmopoint Kuantan di dalam bidang Multimedia dan berulang alik dari Temerloh ke Kuantan setiap Selasa dan Rabu untuk kelas malam. Tidak sabar untuk saya explore bidang ini kerana saya lihat bidang multimedia ini semakin menarik di Malaysia kini. Dengan lahirnya filem Upin & Ipin rasanya bidang ini akan semakin mendapat perhatian di masa hadapan. Khabarnya salah seorang staff Les Copaque yang terlibat dengan filem Upin & Ipin adalah bekas graduan Cosmopoint Kuantan.

Ps: Harapan ku setinggi gunung untuk dapat pinjaman MARA bagi meneruskan pengajian kelas malam ini.

2 responses to “Kemaskini Ringkas

  1. firdee April 12, 2009 at 2:44 am

    @KNizam, huhuhu…dapat kat pakcik google =)

  2. firdee April 12, 2009 at 2:44 am

    @haritz, betul tu…time skrg ni walaupun x suka mcm mana pon telan je la…asal ada masyuk ujung bulan…huhuhu =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: