firdees

dulu Firdee.Net

Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid: MIKHAIL

Kepada semua RAMians, buah tangan terbaru hasil garapan penulis kesayangan kita telah berada di pasaran. Jom dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Sinopsis:

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

11 responses to “Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid: MIKHAIL

  1. MunkSweetPop March 28, 2009 at 1:50 pm

    Hai,bagus blog,erm nk jmput tuan rmh atau sesape je dtg ke blog sye ni di http://blufairyklasick.blogspot.com ,ok n keep blogging erk.!

  2. pisnomo April 3, 2009 at 3:52 am

    Alhamdulillah.. lahir lagi satu novel Ramlee.. Mikhail.. Memburu orang yang sudah mati.. hmmm.. best jugak.. tricky… last2 harimau yg berlagak kucing menjadi pembelot.. rasanya mcm ade trilogi or sambungan die la… hope ade..Salam,..

  3. nani jurainie April 9, 2009 at 3:36 pm

    mikhail…novel ni memang best giler.. suspen sgt2. karya RAM memang tak pernah kecewakan peminat. aku peminat nombor satu dia. aku cuma beli novel karya dia je…tak sabar nak tunggu novel seterusnye.. 9 nyawa. novel RAM sekarang cepat keluar, memang best… hope dia sihat selalu supaya dpt truskan karya dia…

  4. firdee April 11, 2009 at 12:11 am

    @pisnomo, saya pon tak habis baca lagi novel ni…start pon dah best =)

  5. wanie April 17, 2009 at 9:05 pm

    @firdee,cerita ni memang best…well done ramlee!!! macam nak baca lagi…

  6. firdee April 18, 2009 at 10:46 am

    @wanie, best best best =)

  7. hanie85 May 14, 2009 at 2:35 pm

    mikhail……novel yang berunsur trihler yang sangat menarik,sememangnye karya ramli awang murshid amat menarik saye untuk terus membace,cinta sang ratu..n tombiruo adalah hasil karya beliau yang pertama menarik hati saye untuk terus memiliki karya nya

  8. miaww June 27, 2009 at 12:44 am

    salamciter ni best gilercreative r rmlee awg murshid nie…best xterkata…hoho

  9. firdee June 27, 2009 at 4:32 pm

    mmg novel dia semua best

  10. eyda_b'pink January 10, 2010 at 3:26 pm

    hello……..assalammualaikum wbt….ada org tak???:hiks:

  11. firdee January 10, 2010 at 10:57 pm

    @eyda_b'pink, salam…ada ni :sip:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: