firdees

dulu Firdee.Net

Msjbox Sudah 4 Tahun

Tahniah diucapkan kepada Junadix kerana dengan usaha kerasnya Msjbox telah pun sampai di usianya yang ke 4. Tahniah juga kepada semua blogger yang menggunakan Msjbox di blog anda kerana menyokong hasil buatan anak Malaysia. Tahniah semua! =)

Masa berasa begitu pantas berlalu kerana saya sendiri tidak sedar yang saya juga sudah 4 tahun menggunakan khidmat Msjbox sebagai tempat untuk semua pengunjung blog saya meluahkan apa sahaja yang mereka rasa ingin diluahkan. Memalui Msjbox ini juga saya dapat peluang untuk mengenali lebih ramai rakan di alam siber dan sekali gus menjadi rakan saya juga di dunia realiti.

Masih segar di dalam benak fikiran saya ketika kali pertama saya join gathering pertama Msjbox 4 tahun lalu. Saya tidak tahu apa yang membuatkan saya menjadi begitu nekad untuk ke KL pada tarikh keramat 1 Oktober 2005. Mungkin kerana semua rakan di Msjbox begitu peramah dan terasa seperti “sudah lama kenal” itu yang membuatkan saya ringan kaki dan badan untuk ke terminal bas Temerloh seminggu sebelum gahtering untuk membeli tiket bas ke KL.

Sampainya saya di KL pada hari perjumpaan tersebut saya terus ke tempat yang telah ditetapkan pihak penganjur dan Alhamdulillah saya sampai beberapa jam lebih awal. Ingatkan sampai awal saya lah orang pertama yang akan mereka semua jumpa rupanya sayalah orang yang terakhir sampai di tempat kejadian kerana tersalah tempat. Kelakar juga bila diingat kembali =).

Kali pertama join sesuatu gathering membuatkan saya agak pendiam(terlalu sebenarnya =p) bila berhadapan dengan semua rakan-rakan Msjbox. Jika di dunia siber saya ini seorang yang agak “peramah” juga tetapi bertentang mata dengan mereka semua membuatkan saya banyak berdiam. Itu lah sifat saya yang akan jadi budak “skema” bila kali pertama bertemu. Hari itu akhirnya saya dapat mengenal bagaimana wajah seorang yang menggunakan nickname Sodep , Junaidix, [Ed], Saje_aje, SkruEmas, Yna , Kiki, Bai, Asma , Cik Diari dan Spiral yang mana sebelumnya hanya dapat dikenali di ruang sembang Msjbox saja.

Kini setelah 4 tahun saya masih lagi dengan Msjbox dan akan terus bersama Msjbox cuma agak kurang kerap bersembang dengan rakan-rakan di sana. Semoga dengan pelancaran Msjbox Generasi ke 4 kelak akan menjadikan Msjbox sebuat kotak sembang yang berjaya di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: