firdees

dulu Firdee.Net

Berhati-hati Dengan Email Daripada Maybank2u

Hari ini Mohd Ismail ada membuat satu entry berkenaan tips bagi mengelakkan diri kita ditipu di Maybank2U. Terima kasih Mael untuk tips yang sangat berguna itu. Saya juga ingin berkongsi di sini pengalaman saya sendiri mendapat e-mail yang mengatakan mereka ini dari bahagian sekuriti Maybank2U yang mana mereka menyuruh saya untuk mengemaskini segala data Maybank2U saya untuk tujuan supaya akaun Maybank2U saya tidak akan digantung. Kandungan e-mail yang saya dapat adalah seperti di bawah ini.

Ok. Jika diteliti e-mail ini mereka mengatakan salah satu server Maybank2U mereka mengalami serangan DDos-Attack jadi untuk keselamatan mereka memerlukan saya untuk mengikuti segala langkah-langkah yang telah diberikan jika saya tidka mahu akaun saya digantung.

Jika saya klik link 1 itu saya akan dibawa ke alamat https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do dan alamat untuk login ke Maybank2U yang sebenar ialah https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login. Licik bukan cara mereka untuk mengelirukan mangsa. Alamatnya memang semua sama kecuali di akhir alamat mereka tiada “?action=Login”. Saya tidak pasti sama ada kedua-dua link ini akan membawa ke tempat yang sama kerana jika diklik pun memang kedua-dua page yang dipaparkan adalah serupa dari segala segi. Mungkin sesiapa yang bijak pandai dalam bidang web atau pihak Maybank2U sendiri dapat menjelaskannya.

Untuk link 2 pula, jika saya klik saya akan dibawa ke alamat http://mailgate.hardide.com/. Saya tidak pernah klik langsung link tersebut dan saya tidak pasti lah bagai mana rupanya page yang akan dipaparkan. Jika mengikut apa yang disuruh di dalam e-mail di atas, saya dikehendaki memberikan username, password dan nombor TAC di laman ini. Di sini sudah nampak tidak logiknya kerana mereka meminta semua maklumat yang membolehkan mereka mengakses terus ke dalam akaun Maybank2U saya dan mereka boleh berbuat sesuka hati mak bapak mereka di sana. Gila! Tak pasal-pasal habis gaji bulan 2 saya.

Apa yang saya buat bila dapat e-mail ini ialah saya masuk ke Maybank2U dan lihat di bahagian berita terkini mereka jika benar ada berita tentang DDos-Attack seperti yang di war-warkan di dalam e-mail ini. Ternyata tiada apa-apa berita tentang itu dan saya pun terus call nombor 1-300-88-6688 dan pihak Maybank menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang respon kepada segala e-mail seperti ini.

Nasihat saya di sini adalah supaya kita terus merujuk kepada pihak Maybank jika ada sebarang kemusykilan berkenaan isu ini supaya segala hasil usaha kita selama ini tidak akan lesap begitu saja di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

One response to “Berhati-hati Dengan Email Daripada Maybank2u

  1. fuad March 11, 2009 at 4:11 pm

    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (At-Nahl 16:125)Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: