firdees

dulu Firdee.Net

Alhamdulillah… 2 minggu 1 hari

Cantik sungguh aturan Allah. Dirinya yang tidak pernah ingin mencari cinta kerna dirasakan cinta itu susah untuk mendatanginya. Tetapi pada suatu hari selepas mendengar satu khutbah nikah sepupunya tiba2 fikirannya terus ligat memikir tentang soal jodohnya dan bermulalah usahanya utk memiliki hati si dia yg dipandang kiut olehnya. Alhamdulillah, hari ini si kiut itu telah selamat menjadi tunangannya ^^. Moga segala urusan kami selepas ini akan dipermudahkan-Nya. InsyaAllah…

Laman Tuto…

Laman tutorial yang lama dah hilang tenggelam sekali dengan hilangnya firdee.net. Adeh… (-  – “). Perlu buat semula untuk mudah saya mengajar user2 di library dan mudah juga untuk mereka belajar dari tutorial daripada saya mengajar mereka melalui henset. Nak kena cari balik tutorial-turial lama yang pernah dibuat dulu untuk dibuat naik semula.

Rumah Baru Tahun Baru ^^

credit image: google.com

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung & rakan yang sudi menjengah ke firdee.net sejak 3 tahun yang lepas. Pelbagai kenangan telah saya peroleh bersama firdee.net dan ramai juga kenalan maya yang dapat saya kenal melaluinya.

Bermula tahun baru ini firdee.net sudah tidak saya aktifkan lagi kerana penangan facebook lebih kuat berbanding berblog. Nampak sangat lah saya bukan blogger tegar tetapi blogger jadi jadian (hee =p). Jadi firdee.net akan mula tidur untuk tidak tahu berapa lamanya. Mungkin juga akan ada pemilik baru (kalau ade yg nak guna lah =p) utk firdee.net.

Apa-apa pon…Hepi New Year 2011 untuk semua ^^

Bye for now Firdee.Net

Sudah hampir 4 tahun saya menggunakan firdee.net sebagai rumah saya dan bermula bulan ini firdee.net bukan lagi rumah yang boleh saya diami kerna sudah saya serahkan semula kepada pelelong. Walaupun terasa amat rugi melepaskannya tetapi sejak ada mukabuku ni saya sangat-sangat kurang duduk dirumah dan ianya dibiarkan bersawang. Sewa tetap saya bayar tiap2 bulan tapi tak didiami. Oleh itu buat masa ini saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan menyewa rumah itu dan akan tinggal di rumah yang diberi percuma ini. Moga suatu hari nanti saya akan kembali kerumah itu semula ataupun membeli rumah baru. InsyaAllah… =)

20112010, satu permulaan…


kredit gambar: pakcik google

… bagi sebuah perjuangan meniti masa hadapan. Moga kan lancar semuanya nanti, insyaAllah.

Ps: ^^

Salam Aidilfitri 2010

Gambar E-Kad raya saya dari kontes tahun lepas =P

Esok kita sebagai umat Islam akan mula menyambut hari kemenangan kita iaitu Aidilfitri. Bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk kita menghabiskan Ramadhan tahun ini, insyaAllah. Ramadhan tahun ini adalah pertama kalinya saya hanya berpuasa di rumah selama seminggu pertama. Dua minggu terakhir saya habiskan di Terengganu kerana punya urusan kerja. Baru sampai di rumah petang tadi. Terasa sedikit tidak seronok berpuasa seorang diri di tempat orang. Huhu =P

Syawal saya kali ini saya rasakan adalah sangat berbeza sekali dengan Syawal tahun-tahun sudah kerana selain beraya dengan famili tercinta saya juga jika diizin-Nya akan beraya dengan seseorang (dengan familinya juga ^^) yang sangat istimewa di hati ini. Kiranya Syawal kali ini saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga lah (ayat tak bleh blah ni, huhu =P). Bersyukur kepada Allah kerana memberikan bahagia ini untuk Ramadhan dan Syawal ini. Moga bahagia ini kan berpanjangan, insyaAllah. Thank you ALLAH.

Di kesempatan ini ingin saya memohon berbanyak-banyak maaf kiranya ada diantara kalian yang pernah tersinggug dengan tingkah saya sama ada di dunia nyata mahupun di dunia maya. Apa yang buruk itu adalah dari saya dan yang baik itu semuanya dari Allah. Moga Syawal kali ini membawa seribu kebahagian buat kita semua, insyaAllah. Mana yang balik ke kampung halaman tu hati-hati memandu. Jika mengantuk berhenti lah rehat dahulu dan jangan berlengah. Satu saat saja kita terlelap ketika memandu bakal membawa padah yang mungkin kan kita sesali seumur hidup. Ingatlah insan yang kita sayangi =).

Jom tonton rancangan kegemaran anda di tonton.com.my

Sekarang ni banyak rancangan tv yang best kita tak dapat nak tengok on time sebab desakan kerja yang melambak. Jadi dengan adanya laman seperti tonton.com.my ni amat memudahkan kita yang kononnya takde masa nak dok depan tv (huhu =P) selalu ni untuk menonton kembali rancangan-rancangan feveret yang kita dah tertinggal.

Macam saya memang tak pernah ada peluang nak tonton cerita Epilog Syurga Cinta di TV3 tu so dengan adanya tonton.com.my ni dapat lah saya tengok cerita ni dari episod satu. Buat masa ni laman tonton.com.my ni masih dalam peringkat beta jadi banyak lagi cerita yang mungkin masih dalam proses upload ke dalam server mereka ni. Jadi, sabar-sabar lah ye kalau rancangan yang anda nak tengok tu masih dalam mode “coming soon”.

Kepada sesiapa yang nak tonton moh le register supaya boleh le anda semua explore apa yang menarik di laman tonton.com.my ni. Huhu ^^

Bayar zakat fitrah secara SMS

Baru sekejap tadi saya selesai bayar zakat fitrah untuk tahun 2010 melalui sms. Dapat tahu info ni dari entri blog Rjuna. Dari tahun lepas lagi saya ada dengar pasal bayar zakat melalui sms ni tapi takde lah ambil tahu sangat. Tahun ni apa salahnya mencuba kemudahan yang telah diwujudkan ni untuk tujuan yang sama.

Untuk sesiapa yang tinggal di Selangor, Melaka, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang boleh lah bayar zakat dengan cara ni.

  1. Taip FITRAH dan hantar ke 21999
  2. SMS untuk anda melilih negeri yang anda diami akan anda terima. Taip kod negeri seperti yang tertera di SMS anda. Sebagai contoh saya memilih F.Pahang dan hantar ke 21999
  3. Anda akan menerima balasan SMS tentang kadar zakat fitrah negeri anda untuk tahun ini. Untuk kadar zakat fitrah tahun 2010 negeri Pahang adalah RM 7.00. Kod dalam SMS ini adalah F1. Jadi saya taip F1 dan hantar ke 21999
  4. Anda akan menerima SMS untuk anda menghantar butiran diri anda seperti <NAMA>,<NO. K/P>,<BILANGAN ORANG> ke 21999
  5. SMS untuk pengesahan butiran peribadi anda tadi akan anda terima dan jika betul balas BETUL dan jika ingin membetulkan semula balas SALAH dan hantar ke 21999
  6. Anda akan menerima SMS akad bagi zakat anda dan balas YA dan hantar ke 21999
  7. Anda akan menerima nombor resit bayaran zakat anda untuk tujuan rujukan. Untuk resit rasmi anda perlu layari http://mfitrah.celcom.net.my

Semoga urusan pembayaran zakat fitrah korang akan lancar selepas ini.

Puting beliung melanda Bazar Ramadhan Jasin Melaka


kredit gambar: kosmo! online

Dapat info pasal puting beliung di Bazar Ramadhan Jasin ni dari facebook Rjuna kejap tadi. Masa mula-mula tonton video tu tak sangka langsung sampai macam tu sekali kuatnya puting beliung akan memusnahkan bazar ramadhan tu. Habis je tonton video tu terus tanya pakcik google dan memang banyak juga post dan video pasal tragedi ni. Bila baca kosmo online baru tau ada nyawa yang terkorban rupanya. Innalillah…

Moga roh mereka yang terkorban dicucuri Rahmat. Al-Fatihah…

Video kejadian dari Youtube:

http://www.youtube.com/v/mX_C-7acNJs?fs=1&hl=en_US&rel=0

Selamat Datang Ramadhan

Alhamdulillah…Nampaknya jika dipanjangkan umur oleh-Nya esok insyaAllah kita kan berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Moga Ramadhan kali ini akan membawa rahmat kepada kita seluruh umat Islam. Ingin saya ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua kaum keluarga & sahabat2 yang saya kenal secara langsung atau tidak langsung jika adalah kiranya diri ini membuat silap kepada kalian semua. Saya juga seperti kalian hanyalah manusia biasa yang sentiasa membuat kesilapan. Tetapi, kita juga sebagai manusia perlulah belajar dari semua kesilapan itu untuk menjadi manusia yang lebih baik insyaAllah =)

SELAMAT BERPUASA SEMUA ^^

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.